Home » » Ilmu Genius Al Cerdas Dari Rasullullah SAW

Ilmu Genius Al Cerdas Dari Rasullullah SAW

Pada suatu hari Saidina Ali r.a. mengadu kepada Rasullullah s.a.w. mengenai kelemahannya dalam mengingati sesuatu. Lalu Rasulullah s.a.w. mengajarkan suatu amalan yang sungguh agung. Sekiranya diamalkan dengan tekun dan bersungguh-sungguh, pengamalnya akan memiliki ingatan yang tidak akan lupa perkara-perkara yang telah diingati. Amalan ini dibaca sebanyak 40 kali setiap selesai sembahyang Subuh dan Asar pada setiap hari : 

 

Kemudian Sayyidina Ali menceritakan:
"Setelah itu saya membacanya setiap pagi dan petang dengan tetap dan tekun. Maka Allah mengurniakan kepada saya ingatan yang tidak pernah terlihat oleh mata dan tidak pernah terdengar oleh telinga." Maksudnya beliau dikurniakan dengan ingatan yang sungguh menakjubkan, sehingga beliau mengaku tidak mengetahui adanya sejenis ingatan yang terlalu luar biasa seperti yang dimiliki olehnya. Inilah yang digelarkan 'Ingatan Fotografi'.

Rasullulah telah bersabda, "Sekiranya membaca Al-Fatihah dengan wudhu' sebanyak 70 kali sehari selama 7 hari pada satu bekas yang diisikan air. Kemudian air itu ditiup, lalu diberi minum kepada orang lain atau meminumnya sendiri, maka Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu dan hikmah, menyucikan hati dan menganugerahkan kepintaran sehingga tidak akan lupa apa yang telah didengar selama-lamanya (genius dan fotografi)". Demikianlah hadis yang dinukilkan dari dua buah kitab ilmu hikmat yang terkenal iaitu Khazinatul Asrar dan Sirrul-Fatihah.
 
Sebuah hadis Nabi s.a.w. riwayat dari Salman r.a., "
Barangsiapa menulis ayat Kursi dengan za'faran (komkoma) sebanyak 7 kali pada telapak tangan kanannya lalu menjilatnya selepas setiap kali selesai ditulis, maka dia tidak akan lupa buat selama-lamanya (memiliki ingatan fotografi) dan malaikat memohon keampunan untuknya". Seorang ulama' menceritakan bahawa amalan ini sangat mujarab sehingga beliau dapat menghafal sebanyak 10,000 hadis.

Wednesday, August 03, 2016

0 komentar:

Post a Comment