Home » » MAKNA DIBALIK TAHI LALAT SESEORANG

MAKNA DIBALIK TAHI LALAT SESEORANG

Yuk belajar meramal dengan melihat makna dibalik tahi lalat seseorang yang kamu kenal.

KENING KANAN
Sekiranya kamu mempunyai tahi lalat pada kening sebelah kanan, kamu dikatakan seorang yang mempunyai akal yang cerdik dan cekap melakukan setiap tugas yang diberikan. Maksudnya kamu mampu memikul segala tanggungjawab yang diamanahkan ke atas kamu.

KENING KIRI
Sifat sopan adalah gambaran bagi mereka yang memiliki tahi lalat sebegini. Kamu juga seorang yang lemah-lembut. Walaupun kamu seorang yang bersopan dan lemah-lembut, namun jangan terperanjat kerana kamu juga seorang yang aktif dan cergas. Tidak hairanlah kamu ini suka melibatkan diri dalam kegiatan lasak termasuklah acara sukan.

ANTARA DUA KENING
Kamu dikatakan seorang yang keras hati dan pendirian kamu sukar digugat atau dipengaruhi orang lain. Selain itu, kamu juga seorang yang berani. Kadangkala sikap kamu yang berani ‘tak bertempat’ itu mendatangkan keburukan pada diri kamu.

ATAS MATA KANAN
Kamu dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Selain itu, kamu juga selalu berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan. Kebanyakannya mempunyai kerjaya yang mantap dalam masa yang singkat.

ATAS MATA KIRI
Kamu dikatakan mempunyai sikap baik hati dan disenangi orang lain. Tidak hairanlah kamu mempunyai ramai teman tidak mengira status, jantina dan kedudukan.

PIPI KIRI
Ini menunjukkan kamu mempunyai ramai teman. Mungkin kerana kamu seorang yang peramah dan tak sombong. Kamu juga tak kisah berkawan dengan sesiapa sahaja asalkan ikhlas.

PIPI KANAN
Kamu sentiasa menjadi pujaan ramai peminat dari jantina yang berlawanan. Tidak hairanlah jika kamu mudah mendapat pengganti walaupun baru sahaja putus cinta.

PADA HIDUNG
Tahi lalat di bahagian ini menunjukkan kamu ini cukup bernasib baik dan murah rezeki. Kebanyakan mereka ini mampu hidup senang-lenang.Bertuahnya badan!

PADA BATANG HIDUNG
Tahi lalat di bahagian ini dikatakan lebih bertuah. Kamu lebih mudah memperolehi kekayaan dalam hidup dan dicintai sepenuh hati oleh yang tersayang. Kamu juga dikatakan hanya melalui satu perkahwinan sahaja seumur hidup.

BIBIR ATAS KANAN
Kamu seorang yang petah berbicara. Mempunyai banyak rezeki dan pandai.

BIBIR ATAS KIRI
Kamu dikatakan mempunyai ramai kawan kerana sikap baik hati dan suka menolong orang.

BIBIR BAWAH KANAN
Kamu seorang yang disegani oleh ramai orang. Mungkin kerana sikap peribadi kamu sendiri membuatkan orang suka kepada kamu. Selain itu, ia juga turut membuatkan wajah kamu manis dan sedap mata memandang.

BIBIR BAWAH KIRI
Kedudukan tahi lalat ini menunjukkan kamu seorang yang pandai berbicara. Setiap kali bercakap orang akan rasa kagum terhadap kamu. Jadi tak hairanlah kamu mampu menjadi penceramah/pemidato yang baik. Pekerjaan yang sesuai dengan kamu ialah pekerjaan yang memerlukan kamu berkomunikasi dengan orang lain secara langsung. Kamu juga seorang yang tidak mudah mengaku kalah.

HUJUNG MULUT KANAN
Kamu jenis yang tak mudah menyerah kalah dan akan mencuba sedaya-upaya. Mereka ini mempunyai semangat juang yang tinggi. Walau bagaimanapun, mereka perlu bekerja keras untuk hidup senang.

HUJUNG MULUT KIRI
Awas! Kamu dikatakan seorang yang suka berfoya-foya dan bersosial. Personaliti kamu yang menarik membuatkan diri kamu mudah menyesuaikan diri dengan orang lain.

DAGU BAWAH KANAN
Kamu dikatakan mempunyai sifat mulia sehingga membuatkan ramai orang menyukai kamu. Kamu jujur dan baik hati dengan semua orang. Namun begitu, akan ada orang mengambil kesempatan di atas kebaikan kamu.

DAGU BAWAH KIRI
Ia menandakan kamu ini seorang yang bijaksana

RAHaSIA TAHI LALAT DI BADAN
Adakah kamu sudah mengkaji rahsia di sebalik tahi lalat di wajah kamu? Apakah terdapat persamaan sifat semulajadi kamu dengan definisi yang diberikan? Kali ini kita semak pula rahsia tahi lalat di bahagian tubuh badan.

BAHU KANAN
Mungkin kamu sukar untuk melihat tahi lalat di bahagian ini. Bagi kamu yang memiliki tahi lalat di bahu kanan, dikatakan sangat berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan. Ini kerana bagi kamu setiap keputusan itu boleh merubah kehidupan kamu. Selain itu, kamu seorang yang bertanggungjawab.

BAHU KIRI
Ini bermakna kamu ini seorang yang suka bekerja keras untuk memastikan kejayaan menjadi milik kamu. Ini termasuklah soal kerjaya, pelajaran atau apa sahaja. Selain itu, kamu juga mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu dipikul hingga mendatangkan masalah kepada diri kamu. Namun begitu, kamu seorang yang pandai mencari jalan untuk menyelesaikan setiap masalah yang menimpa.

JARI TELAPAK TANGAN KANAN
Perhatikan jari-jemari kamu. Adakah terdapat tahi lalat di salah satu jari kamu? Jika ya, ini bererti kamu ini seorang yang murah rezeki. Walaubagaimanapun, satu kelemahan kamu adalah sikap kamu yang terlalu boros dalam berbelanja. Kamu juga seorang yang pemurah. Jika ada peluang, kamu tidak lokek menderma dan belanja kawan-kawan.

JARI TELAPAK TANGAN KIRI
Kamu juga dikatakan murah rezeki dan mampu hidup senang. Namun begitu, kamu seorang yang tidak boros dan pandai menyimpan. Jadi tidak hairanlah jika kamu mempunyai wang simpanan yang banyak di bank.

LENGAN KIRI

Dikatakan orang yang mempunyai tahi lalat di bahagian ini seorang yang berpegang teguh pada janji. Setiap janji yang dibuat pasti akan ditunaikan. Kamu juga seorang yang tepati masa dan cukup gigih berusaha untuk mencapai impian hidup.

LENGAN KANAN
Kamu yang memiliki tahi lalat pada lengan kanan memberi maksud bahawa kamu seorang yang taat pada perintah ketua / guru kamu. Bermakna, kamu ini seorang pekerja / pelajar yang baik dan berdedikasi. Bagi kamu ia perlu agar kamu lebih berjaya pada masa hadapan. Lagipun ia menunjukkan kamu benar-benar jujur dalam setiap yang kamu lakukan.

SIKU TANGAN KANAN
Kamu ini seorang yang bercita-cita tinggi termasuklah ingin memiliki kehidupan yang serba mewah. Ini kerana sifat semulajadi kamu yang terlalu mementingkan material.

SIKU TANGAN KIRI
Berlainan pula tahi lalat di bahagian ini. Kamu dikatakan memiliki sikap terpuji seperti baik hati dan suka menolong orang lain. Keburukannya pula, kamu terlaluy mudah untuk dipergunakan orang lain kerana kebaikan kamu. Misalnya, sudah banyak kali duit kamu yang dipinjamkan kepada orang lesap begitu sahaja!

PERGELANGAN TANGAN KANAN
Tanda tahi lalat di bahagian ini menunjukkan bahawa kamu seorang yang menggemari kehidupan yang enjoy. Kamu tidak peduli jika perlu berhabis wang untuk menikmati keseronokan. Ini bermakna kamu juga seorang yang boros.

PERGELANGAN TANGAN KIRI
Ini berita baik buat para gadis. Ini kerana tahi lalat ini memberi tuah kepada kamu. Kononnya kamu akan mendapat calon pasangan hidup yang terdiri daripada orang berpangkat! Bertuahnya badan! Nampaknya tercapailah cita-cita kamu untuk hidup senang.

LUTUT KANAN
Apa tandanya tahi lalat di bahagian ini? Kamu dikatakan seorang yang bersikap suka mengambil mudah tentang sesuatu perkara. Sebab itulah setiap pekerjaan yang kamu lakukan hanya sekadar “melepaskan batuk di tangga” sahaja. Kamu juga malas berusaha walaupun kamu sedar kamu mampu melakukan yang lebih baik.

LUTUT KIRI
Seperti juga di atas, kamu seorang yang malas berusaha, tidak kira soal pekerjaan atau pelajaran. Namun begitu, ada di kalangan mereka yang mampu mencapai kejayaan walaupun dengan usaha yang minima.

BETIS KANAN
Kamu dikatakan suka menghabiskan masa dengan berfoya-foya dan amat boros dalam berbelanja terutamanya jika berkaitan dengan keseronokan.

BETIS KIRI
Berbeza pula bagi kamu yang memiliki tahi lalat di betis kiri. Kamu seorang yang rajin dan gigih berusaha. Sebab itu kamu tidak suka membuang masa dengan siasia. Pasti ada saja pekerjaan yang kamu lakukan pada masa lapang.

TUMIT KANAN
Dikatakan tahi lalat ini menggambarkan kamu seorang yang jujur dalam perhubungan dan ini membuatkan kamu mempunyai ramai teman.

TUMIT KIRI
Bagi kamu yang memiliki tahi lalat di bahagian ini, ia menunjukkan bahawa kamu seorang yang baik hatidan tidak lokek untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya walaupun kadangkala kebajikan diri sendiri terpaksa diabaikan.

Kepala sebelah belakang = Jujur, sabar, tekun

Kening sebelah kanan = C e r d a s d a n c e k a p

Kening sebelah kiri = C e r d a s , s o p a n s a n tun

Sudut mata kanan luar = Baik budi, ramai yang cinta

Pipi kanan = Ramai teman

Bibir atas kanan = Pandai

Bibir atas kiri = Ramai kawan,baik hati

Bibir bawah kanan = Disegani orang, ramai yang suka

Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah mengalah

Hujung mulut kiri = Suka berfoya-foya

Dagu bawah kanan = Jujur dan baik hati

Dagu bawah kiri = Bijaksana dan berbudi luhur

Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita

Leher kiri = Cerdas dan banyak pengetahuan

Leher di tengah = Mudah tercapai apa yang dicita-citakan

Bahu kanan = Cermat dalam ambil keputusan,banyak tanggungan

Bahu kiri = Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

Dada kanan = Dapat mengatasi masalah

Dada kiri = Berani, jujur, sabar

Pinggang kanan = Bersifat penyayang pada suami atau isteri

Pinggang kiri = Mudah disayangi oleh suami atau isteri

Lengan kanan = Setia dan taat pada golongan atasan

Lengan kiri = Suka bekerja dan selalu menepati janji

Siku tangan kanan = Bersemangat kuat untuk memiliki kejayaan

Siku tangan kiri = Baik hati, suka menolong

Telapak kaki kanan = Tidak mudah mengeluh, kuat berusaha, bakal terkenal

Telapak kaki kiri = Mempunyai budi pekerti yang baik
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda

Monday, July 04, 2016

0 komentar:

Post a Comment